BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »




ellys Story

SEPASANG SUAMI ISTERI FILIPINA DIUSIR JEPUN




Sepasang suami isteri Filipina diusir dari Jepun semalam namun seorang anak gadis mereka berumur 13 tahun dibenar untuk tinggal di negara berkenaan dalam isu imigresen yang mencetuskan simpati terhadap keluarga tersebut.

Pasangan suami isteri itu, Arlan Cruz Calderon, 36, dan isterinya, Sarah, 38, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo ke Filipina sambil diperhatikan oleh anak mereka, Noriko dan sekumpulan wartawan.

Pasangan berkenaan dipaksa meninggalkan Jepun kerana didakwa memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu pada awal 1990-an tetapi mereka memohon untuk terus tinggal di negara itu sehingga Noriko menamatkan persekolahan.

Kerajaan Jepun membenarkan Noriko terus berada di negara itu atas dasar kemanusiaan tetapi memberi amaran akan mengusir ketiga-tiga mereka jika Calderon dan Sarah enggan pulang ke Filipina secara sukarela.

"Saya sedih. Sekarang saya tidak dapat menikmati makanan lazat yang disediakan ibu.

"Saya menganggap hidup saya tidak menentu," kata Noriko ketika ditemu bual di rumahnya di Warabi, utara Tokyo.

Noriko yang boleh bertutur dalam bahasa Jepun akan dijaga oleh saudara bapanya.

Cerita duka tiga beranak itu mendapat perhatian media secara meluas sehingga berjaya menarik 20,000 orang yang menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan membenarkan mereka tinggal di Jepun.

0 ulasan:


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones