BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »




ellys Story

IJM Land sasar jualan RM250 juta

PETALING JAYA 1 April - IJM Land Bhd. (IJM Land) dijangka meraih jualan hartanah antara RM200 juta dan RM250 juta menerusi pengenalan pelan pemilikan rumah, My Space Plan mulai hari ini hingga 30 Jun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Soam Heng Choon berkata, pelan itu membantu bakal pembeli memilih serta memiliki hartanah yang bersesuaian dengan peruntukan belanjawan mereka selain menikmati beberapa insentif.

Katanya, pelan itu merangkumi projek baru dan sedia ada pelbagai peringkat pembangunan di Pulau Pinang, Lembah Klang, Seremban, Johor, Sandakan di Sabah dan Kuching, Sarawak

''Keadaan ekonomi semasa tidak sepatutnya menghalang rakyat Malaysia daripada membeli hartanah dan memiliki kediaman idaman mereka.

''Kalau kami mempunyai produk yang betul di lokasi yang betul, orang ramai masih membeli walaupun kelembapan ekonomi," katanya pada taklimat media mengenai pelan My Space Plan, di sini hari ini.

Heng Choon berkata, sepanjang tempoh itu, IJM Land akan menawarkan pelbagai insentif termasuk bayaran pendahuluan bermula dari RM500 dan rebat tunai sehingga 10 peratus.
'
'Pelanggan juga dapat menikmati insentif seperti kadar faedah rendah bagi skim bayaran 5:95, jaminan balik tunai, faedah pinjaman sifar peratus semasa pembinaan, skim bayaran mudah dan lain-lain.

Beliau memberitahu, pihaknya masih memiliki saiz bank tanah seluas 3,600 hektar di beberapa lokasi strategik termasuk pembangunan projek Canal City di Kuala Langat, Selangor bagi tempoh 20 tahun dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM17 bilion.

Serentak dengan itu, kata beliau, IJM Land bercadang untuk melancarkan beberapa projek hartanah bernilai antara RM700 juta hingga RM750 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

''Antara projek yang bakal dilancarkan ialah sebanyak tiga di Pulau Pinang, tiga (Lembah Klang), satu (Johor) dan tiga (Sabah). Bagaimanapun, pelancaran hanya akan dilakukan bergantung kepada keadaan pasaran semasa, jelasnya.

0 ulasan:


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones