RIZA AINURIN bersama Dino keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Dino Rais melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Riza Ainurin Ramlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dino, 34, perunding teknologi maklumat melafazkan talak itu selepas bersetuju untuk melepaskan Riza Ainurin, 25, dengan cara baik.
Ketika menjawab pertanyaan Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin berhubung kesediaan Dino (defendan) melepaskan Riza Ainurin (plaintif), defendan berkata beliau sudah bersedia dan lafaz yang akan diucapkan itu adalah secara sukarela.
"Saya dan plaintif tidak lagi tinggal bersama lebih lima bulan. Perceraian ini berlaku selepas plaintif memohon untuk dilepaskan dan tidak mahu lagi bersama saya," katanya.
Terdahulu, Mohd Yunos memutuskan lafaz cerai taklik menerusi permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Dino pada Disember lalu sebagai tidak sah.
Dino mendakwa beliau melafazkan cerai terhadap Riza di rumah bapa saudara isterinya di Keramat di sini, pada 12 November dan 25 November 2008.
Beliau yang tidak diwakili peguam berkata, lafaz cerai pertama disaksikan sendiri oleh bapa saudara dan ibu saudara defendan serta adik plaintif yang ketika itu turut berada di rumah berkenaan.
Kedua-dua mereka yang berkahwin pada 10 November 2007 dan mempunyai seorang cahaya mata.
0 ulasan:
Post a Comment