BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »




ellys Story

Mittal dahului senarai jutawan rugi





LONDON 26 April - Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal kini mendahului senarai jutawan yang mengalami kerugian akibat masalah ekonomi dunia dengan kekayaan yang menyusut sebanyak 61 peratus.

Ketika bilangan jutawan di United Kingdom (UK) berkurangan lebih 40 peratus dari 75 kepada 43 orang dalam masa setahun, Mittal kerugian 17 bilion pound (RM89.9 bilion), demikian menurut laporan akhbar Sunday Times dalam satu tinjauan pendapat tahunannya semalam.

Sunday Times Rich List 2009 menunjukkan, 1,000 rakyat terkaya UK kehilangan aset berjumlah 155 bilion pound (RM819.4 bilion) tahun lalu dan yang paling banyak terjejas adalah ahli perniagaan seperti Mittal.

Bagaimanapun, Mittal kekal sebagai lelaki terkaya UK dengan anggaran aset 10.8 bilion pound (RM57 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich yang turut mempunyai pelaburan dalam industri keluli dan bidang lain, kekal di tangga kedua dengan kekayaan 7 bilion pound (RM37 bilion).

Jutawan kelahiran Britain, Duke of Westminster juga kekal di tempat ketiga dengan pemilikan hartanah bernilai 6.5 bilion pound (RM34.4 bilion).

Kemelesetan ekonomi bagaimana tidak semestinya menyebabkan kerugian.

Pemilik Harrods, Mohamed al-Fayed telah berjaya meningkatkan nilai asetnya sebanyak 17 peratus kepada 650 juta pound (RM3.4 bilion).

Presiden pasar raya Morrison, Ken Morrison pula bertambah kaya sebanyak 11 peratus dengan 1.6 bilion pound (RM8.5 bilion).

Perjudian dalam talian juga mencatatkan keuntungan dengan pemilik laman web perjudian sukan Bet365, Peter dan Denise Coates mencatat pertumbuhan aset sebanyak 33 peratus kepada 400 juta pound (RM2.1 bilion).

Secara keseluruhannya, kesemua 1,000 orang yang tersenarai mengalami purata kehilangan aset sebanyak 37 peratus. Jumlah aset yang dimiliki mereka tinggal 258 bilion pound (RM1.4 bilion) berbanding 413 bilion (RM2.2 bilion) pada tahun lalu.

Senarai tahunan itu dibuat berdasarkan kekayaan yang dimiliki termasuk tanah, harta dan barangan lain seperti hasil seni, kuda lumba dan pegangan dalam beberapa syarikat, namun ia tidak melibatkan akaun bank.

Dunia makin cemas



PERKETAT PEMERIKSAAN... PETUGAS lapangan terbang di Mexico City melakukan pemeriksaan ketat terhadap para penumpang bagi mencegah menularnya wabak virus selesema babi. Sehingga semalam, wabak itu telah mengorbankan 81 nyawa.

Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak
di seluruh dunia.


Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.


Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.

Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.

Lumut diisytihar Bandar Tentera Laut

SULTAN AZLAN SHAH bersama Tuanku Bainun ( dari kanan), Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Nazrin Shah, Tuanku Zara Salim dan Abdul Aziz melihat replika sauh di Lumut .

Bandar Lumut mencatat sejarah tersendiri apabila secara rasmi diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim dalam satu majlis khas diadakan di sini semalam.
Upacara pengisytiharan penuh gilang-gemilang itu diadakan di Lumut Waterfront dan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Turut berangkat dan mencemar duli ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chong Ko Ha; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan pegawai-pegawai kanan serta anggota TLDM.

Dalam ucapannya, Abdul Aziz berkata, pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut merupakan sebahagian pengiktirafan terhadap komitmen dan peranan yang dimainkan TLDM kepada negara

Karpal Singh terjatuh di mahkamah



KARPAL SINGH dibantu oleh beberapa pembantunya setelah terjatuh daripada kerusi rodanya di Mahkamah Tinggi Kuantan

KUANTAN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terjatuh daripada kerusi rodanya semasa menghadiri sebutan kes permohonan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan keputusan bayaran saman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.


Beliau mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd., (Seruan Gemilang) hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan dan diangkat oleh beberapa pembantunya bersama kerusi roda untuk naik ke tingkat satu mahkamah tersebut.


Karpal dipercayai terjatuh ketika para pembantunya mahu meletakkan kerusi rodanya kembali di atas lantai di kaki lima mahkamah sebaik sahaja diangkat ke tingkat satu bangunan itu.


Beliau ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan memohon untuk meneruskan kes tersebut di tingkat bawah mahkamah tersebut bagi memudahkannya bergerak semasa menghadiri perbicaraan

.
Berhubung perjalanan kes tersebut, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 April ini sebagai tarikh mendengar permohonan penangguhan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd. Halim Aman.

Abd. Halim pada Selasa lalu memutuskan Menteri Besar Pahang perlu menjelaskan bayaran penghakiman itu dalam tempoh 14 hari yang berakhir 4 Mei ini selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' terhadap syarikat pembalakan tersebut

Dino Rais cerai isteri talak satu


RIZA AINURIN bersama Dino keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Dino Rais melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Riza Ainurin Ramlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dino, 34, perunding teknologi maklumat melafazkan talak itu selepas bersetuju untuk melepaskan Riza Ainurin, 25, dengan cara baik.
Ketika menjawab pertanyaan Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin berhubung kesediaan Dino (defendan) melepaskan Riza Ainurin (plaintif), defendan berkata beliau sudah bersedia dan lafaz yang akan diucapkan itu adalah secara sukarela.

"Saya dan plaintif tidak lagi tinggal bersama lebih lima bulan. Perceraian ini berlaku selepas plaintif memohon untuk dilepaskan dan tidak mahu lagi bersama saya," katanya.
Terdahulu, Mohd Yunos memutuskan lafaz cerai taklik menerusi permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Dino pada Disember lalu sebagai tidak sah.
Dino mendakwa beliau melafazkan cerai terhadap Riza di rumah bapa saudara isterinya di Keramat di sini, pada 12 November dan 25 November 2008.

Beliau yang tidak diwakili peguam berkata, lafaz cerai pertama disaksikan sendiri oleh bapa saudara dan ibu saudara defendan serta adik plaintif yang ketika itu turut berada di rumah berkenaan.
Kedua-dua mereka yang berkahwin pada 10 November 2007 dan mempunyai seorang cahaya mata.

Investigating Baby Mammoth

Investigating Baby Mammoth

Abdul Rahman gets extension as governor

Staying on: Abdul Rahman at Istana Negara after receiving his letter of appointment yesterday.

KUALA LUMPUR: The services of Penang Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas has been extended for four more years.

Abdul Rahman, 71, received the appointment letter from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at Istana Negara here yesterday.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin and Penang Chief Minister Lim Guan Eng attended the ceremony.


Born in Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Penang, Abdul Rahman was first appointed as the seventh Penang Yang di-Pertua Negri on April 17, 2001, and served another term from May 1, 2005.

Abdul Rahman, who is also Universiti Tenaga Nasional chancellor, was acting Penang Chief Minister from 1982 to 1984.

He left the teaching profession after 20 years to contest in the Bertam state by-election in 1977.

Abdul Rahman defended the seat in the 1978 general election and held it for four terms.

His political appointments included Penang Umno liaison committee secretary (1974 - 1988), Umno Youth executive committee member (1976 - 1978) and Kepala Batas Umno division deputy head (1988).

He is married to Toh Puan Majimor Shariff and they have four children


Man United beats Porto 1-0, advances to semifinals


Manchester United's Cristiano Ronaldo (right) scores the opening goal against FC Porto during their Champions League quarterfinals second-leg match.-APpic



PORTO, Portugal (AP) - Cristiano Ronaldo scored a spectacular long-range goal Wednesday to give Manchester United a 1-0 win over FC Porto and a spot in the Champions League semifinals with a 3-2 aggregate victory.

Ronaldo began his run from just inside the Porto half in the sixth minute and sent a rising shot from 40 meters (yards) past diving goalkeeper Helton and into the top corner of goal in the second leg of the quarterfinals.

"To do it at that point in the game gave us a real platform to go into the game," United manager Alex Ferguson said. "We wanted to start the game quickly with good tempo ... but to get a start like that, no one can expect it, no one can expect that type of goal."

Defending champion United stretched its unbeaten run in the Champions League to 23 games by becoming the first English team to win at Porto in 12 matches. The English team won a second leg away from home for the first time since 1999, when it also won the continent's top club competition.

Man United will next play English rival Arsenal in the semifinals after the Gunners beat Villarreal 3-0 to advance 4-1 on aggregate. Chelsea will face Barcelona for the other place in the May 27 final in Rome.

"It's two good football teams so it should be a fantastic semifinal," Ferguson said. "We'll look forward to it."
Ferguson, who was marking his 150th Champions League match in charge of the club, had said earlier this week that he expected more from Ronaldo.
The Portugal forward, who was playing center forward and was jeered by the local fans with every touch, replied with an impressive individual effort for his second goal of the competition.

"He's the quickest player we have and I felt that by using him in that role tonight we could stretch their back four," Ferguson said. "He's always willing to attack defenders, he's always a threat."

United showed better discipline to start than at the first leg at Old Trafford and controlled the play at the Stadium of Dragon from the fourth minute when goalkeeper Edwin van der Saar stopped winger Hulk's low shot.

Still, Ronaldo's long-range effort was the only chance the English champion's could muster despite controlling play until Porto began to rally in the 20th when Bruno Alves sent a free kick just wide of near post.

"We tried to change and spread the team around the field and hope Manchester would make some mistakes," Jose Gomes, who replaced suspended coach Jesualdo Ferreira, said through a translator.

The Portuguese champions continued to press and Van der Sar denied Lisandro Lopez five minutes later. The visitors finally penetrated the Porto area but Helton was well positioned to stop Ryan Giggs' volley in the 30th.

Porto captain Lucho Gonzalez left with an injury a minute later, and Mariano replaced him.
Alves then connected with Raul Meireles' floating free kick in the 41st, but the Porto center back headed wide as United's defense -- with Rio Ferdinand back from a back injury - limited Porto's opportunities inside the area.

"They had to chase. That early (goal) had them on the back foot. I don't think they made any chances in the match," Ferguson said.
"(We) defended very, very well and that was the key to it really, because if we get back to that foundation of not giving away goals then we can do well."

Helton soon stepped up to clear a dangerous centering pass, and then denied Dimitar Berbatov at the start of the second half as Porto looked for the equalizer that would put it through to the semifinals for the first time since 2004, when it had eliminated United on its way to winning the Champions League.

Hulk, unable to generate from the flank, tried to score with a free kick from the edge of the area in the 58th but it swerved directly at Van der Sar.

Porto had several other scoring chances, but Mariano, Rolando and substitute Ernesto Farias couldn't score the equalizer.

"We feel very bad. You can understand our emotions. We feel that wasn't a very just result today," Gomes said. "They scored one goal today and it was scored by the best player in the world."

Fairus: Clear my name or prepare for expose




KUALA LUMPUR: Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.

In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.

“That is the reason why the party still does not take any action against me,” he said, adding that it was not convenient for him to elaborate at present and urged the press to be patient.

Mohammad Fairus has been quizzed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for his alleged involvement with illegal quarry activities in the state, and has come under fire by his own party for supposed under-performance.

“I am innocent. They know what I can do. So do not push me (from taking such step)!” he said, claiming that he had been framed by party insiders.

He told Nanyang Siang Pau that he was unhappy with his party for not standing behind him as it had done for Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong and former Bukit Selambau assemblyman V. Arumugam.

“The two of them were just state executive council (exco) members, while I am not only a state exco member but also state Deputy Chief Minister,” he said, denying criticism that he had been neglectful of his constituency and absent from many state government functions.
He claimed that it was all part of a well-crafted plot to frame him.

“I have done my constituency work properly and have the support of my voters. Those on the outside may not understand this because my work and services for the constituency have not been reported in newspapers,” he said.

He added that he would cooperate with the MACC to clear his name over the illegal quarrying issue.

MPV DAVID TEO LANGGAR ORANG SAMPAI MATI



Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam.


Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.


Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.


Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.


Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.


"Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian.


"Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas," ceritanya ketika ditemui! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

KUCING HANYA MAKAN SAYUR




Seekor kucing di sini menghairankan orang ramai selepas hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan organik, lapor sebuah akhbar semalam.


Kucing yang dinamakan Dante itu enggan menjamah makanan tradisi pemakanannya seperti ikan dan daging apabila ditemui oleh seorang wanita, Becky Page di tempat pembuangan sampah.


Menurut wanita itu, Dante yang berusia dua tahun gemar memakan tembikai, pisang, asparagus, brokoli, tauge dan isi ubi kentang mentah yang ditanam sendiri di kebunnya.


Pakar-pakar haiwan yang terkejut dengan tabiat pemakanan kucing itu mengesahkan kejadian seperti itu amat jarang berlaku tetapi gagal menerangkan punca fenomena tersebut terjadi.


"Saya belum pernah mendengar kucing yang tidak memakan daging. Haiwan itu tidak mungkin menjadi pemakan sayur," kata pengarah sebuah pusat veterinar, Maggie Roberts


SEPASANG SUAMI ISTERI FILIPINA DIUSIR JEPUN




Sepasang suami isteri Filipina diusir dari Jepun semalam namun seorang anak gadis mereka berumur 13 tahun dibenar untuk tinggal di negara berkenaan dalam isu imigresen yang mencetuskan simpati terhadap keluarga tersebut.

Pasangan suami isteri itu, Arlan Cruz Calderon, 36, dan isterinya, Sarah, 38, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo ke Filipina sambil diperhatikan oleh anak mereka, Noriko dan sekumpulan wartawan.

Pasangan berkenaan dipaksa meninggalkan Jepun kerana didakwa memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu pada awal 1990-an tetapi mereka memohon untuk terus tinggal di negara itu sehingga Noriko menamatkan persekolahan.

Kerajaan Jepun membenarkan Noriko terus berada di negara itu atas dasar kemanusiaan tetapi memberi amaran akan mengusir ketiga-tiga mereka jika Calderon dan Sarah enggan pulang ke Filipina secara sukarela.

"Saya sedih. Sekarang saya tidak dapat menikmati makanan lazat yang disediakan ibu.

"Saya menganggap hidup saya tidak menentu," kata Noriko ketika ditemu bual di rumahnya di Warabi, utara Tokyo.

Noriko yang boleh bertutur dalam bahasa Jepun akan dijaga oleh saudara bapanya.

Cerita duka tiga beranak itu mendapat perhatian media secara meluas sehingga berjaya menarik 20,000 orang yang menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan membenarkan mereka tinggal di Jepun.

Kaca mata hitam pelengkap imej

Bukan sekadar lindungi mata, tapi aksesori wajib trend fesyen masa kini

KACA mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.

Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.


Victoria pilih lelaki biasa




Victoria bersama Wrestling ketika mengumumkan pertunangan mereka

BAKAL Permaisuri Sweden, Puteri Mahkota Victoria, menjadi tumpuan ramai baru-baru ini selepas pengumuman berita pertunangannya dengan kekasih yang juga orang kebanyakan, Daniel Wrestling, yang bakal disusuli dengan perkahwinan diraja pada tahun depan.

Perkahwinan Victoria, 31, dengan Wrestling, 35, yang juga pemilik sebuah pusat gim, sememangnya dijangka berikutan perhubungan mereka yang terjalin sejak 2002.

Zizi, Rubisa tersingkir saingan AF7




Hebat sungguh kejutan yang dilakukan Astro dalam konsert keempat Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), malam tadi apabila menyingkirkan dua peserta sekali gus.

Dua peserta yang disingkirkan, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 24, (Sabah) dan Rubisa atau Rubisa Tiasin, 23, (Sabah) harus terima kenyataan kerana AF sudah dikenali sebagai program yang penuh dengan kejutan.

Biarpun Zizi memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Aku Dah Bosan manakala Rubisa dengan lagu Tiada Lagi, mereka gagal menambat hati penonton.

love story and song

Heather Chadwell




GENG upin & ipin

Suamiku binatang


KUALA LUMPUR: “Tergamak dia memperlakukan saya seperti binatang...saya dibelasah dengan teruk, termasuk dipijak perut hingga menyebabkan rahim pecah hanya kerana tidak bersetuju dia kahwin lain,” kata pemandu van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Saripah, 51.

Wanita beranak lima dan sudah bercerai itu mendakwa bekas suaminya turut melakukan pelbagai penderaan tanpa perikemanusiaan terhadapnya.

Penderaan itu termasuk menjerut lehernya dengan wayar telefon rumah, tangan digari dengan mulut disumbat kain, kepala ditekan dalam kolah air dan anggota badan dipijak menggunakan kasut kawad.

“Dia juga kerap membelasah saya seperti ahli gusti di televisyen apabila menghempas kepala saya ke lantai dan dinding rumah.

Dr. Mahathir serah borang sertai UMNO pada pukul 12 tengah hari







PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyerahkan borang untuk menyertai semula UMNO kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Satria di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini

Hamilton minta maaf

LEWIS Hamilton mengaku berbohong berhubung insiden yang melibatkan dia dan pemandu Toyota, Jarno Trulli pada Grand Prix Australia, minggu lalu selepas diminta berbuat demikian oleh Dave Ryan

SEPANG – Dalam keadaan yang cukup sebak, juara dunia, Lewis Hamilton meminta maaf secara terbuka kerana berbohong berhubung insiden yang melibatkan dia dan pemandu Toyota, Jarno Trulli pada Grand Prix Australia, minggu lalu.

Pemandu pasukan McLaren itu menyifatkan ia sebagai perkara paling buruk pernah terjadi dalam hidupnya dan kesal dengan perbuatan itu, apatah lagi ia telah menyebabkan dia dan pasukannya, McLaren-Mercedes disingkir daripada perlumbaan di Melbourne.

Kata Hamilton, ini adalah kesilapan terbesar yang pernah dilakukan dan meminta maaf kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pasukan, keluarga, steward serta para peminatnya kerana melakukan perbuatan yang dianggap amat memalukan.

“Saya berbohong,” katanya dengan nada sebak pada sidang akhbar khas yang diadakan di Litar Sepang, semalam.

Tegas Hamilton, dia bukan mahu membohong tetapi dipaksa berbuat demikian kerana kepentingan pasukan.

“Saya bukan pembohong dan saya juga bukan orang paling jujur di dunia tetapi saya cuma pemain dalam pasukan ini. Saya diarahkan supaya menipu steward dan saya perlu mengikut arahan.

Setiap kali diberi arahan, saya akan mengikutinya tetapi apa yang saya lakukan kali ini merupakan kesilapan amat besar. Ia benar-benar satu kesilapan dan saya sangat kesal,” ujar Hamilton.

Bagaimanapun Hamilton berjanji tidak akan mengulangi apa yang berlaku dan mahu melupakan episod malang itu.

Pada perlumbaan di Melbourne minggu lalu, dia memberitahu steward bahawa Trulli telah memintasnya ketika kereta keselamatan masih berada di atas trek, sedangkan hakikatnya dia yang membenarkan pemandu Itali itu melepasinya kerana menghadapi sedikit masalah dengan kereta.

Walaupun pasukan Toyota tidak mengemukakan rayuan, namun steward telah menemui elemen baru daripada siasatan insiden tersebut, iaitu rakaman perbualan radio pasukan McLaren dan Toyota yang mengesahkan bahawa Hamilton membenarkan Trulli melepasinya.

“Kami mengharungi perlumbaan yang hebat di Melbourne, malangnya perkara seperti ini berlaku. Sebaik saya keluar daripada kereta, saya ditemubual oleh televisyen di belakang garaj dan saya serta merta memberitahu mereka apa yang berlaku ketika perlumbaan.

“Tidak lama selepas itu, kami diarahkan oleh steward untuk menerangkan perkara sebenar. Ketika sedang menunggu kehadiran steward saya diarahkan oleh pengurus pasukan saya (Dave Ryan) supaya memberitahu maklumat yang salah dan itulah yang telah saya lakukan.

“Saya minta maaf secara jujur kepada steward kerana membuang masa mereka dan seolah-olah mahu mempermainkan mereka. Saya amat... amat meminta maaf dengan situasi ini, malah saya juga minta maaf kepada Dave kerana dia sudah lama bersama pasukan, dia seorang yang baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pasukan McLaren bertindak drastik menggantung Ryan semalam ekoran isu tersebut.

Prinsipal McLaren, Martin Whitmarsh berkata, Ryan membantu Hamilton memberi maklumat yang tidak betul dengan memberitahu steward bahawa Trulli telah memintasnya ketika kereta keselamatan masih berada di atas trek.

“Sudah 20 tahun saya mengenali Dave dan amat berat untuk kami mengambil keputusan ini tetapi sesuatu yang tidak betul telah berlaku dan kami kena bertindak terhadapnya,” kata Whitmarsh pada sidang akhbar semalam

Majlis Penyerahan Tugas Sebagai Perdana Menteri keenam Di Bangunan Perdana Putra



KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Razak menandatangani Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri selepas membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini, hari ini







KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Razak membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas menerima Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.











PUTRAJAYA 3 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Fail Meja Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam kepada penggantinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini,










PUTRAJAYA 3 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta Datuk Seri Najibn Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa selepas majlis penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam di Bangunan Perdana Putra









PUTRAJAY 3 April - TUN Abdullah Ahmad Badawi berpelukan dengan Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak semasa beliau meninggalkan pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini











PUTRAJAYA 3 April - TUN Abdullah Ahmad Badawi melambai ke arah hadirin semasa beliau meninggalkan pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini











PUTRAJAYA 3 April - TUN Abdullah Ahmad Badawi diiringi isteri, Tun Jeanne Abdullah melambai ke arah orang ramai ketika mereka meninggalkan pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini







PUTRAJAYA 3 April - TUN Abdullah Ahmad Badawi melambai ke arah orang ramai semasa meninggalkan pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini






Ibu harap Najib bekerja keras

Najib Tun Razak mencium tangan bondanya, Tun Rahah Mohd. Noah sebagai tanda memohon restu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri keenam sambil diperhatikan isteri, Rosmah Mansor di kediaman bondanya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR 3 April -- Tun Rahah Mohd. Noah tidak menduga suatu hari nanti anak sulungnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengikuti jejak ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Rahah, 75, mempunyai gelaran unik — isteri kepada Perdana Menteri kedua dan ibu kepada Perdana Menteri keenam setelah Najib mengangkat sumpah memegang jawatan itu di Istana Negara pagi ini.

"Semasa Najib ganti ayahandanya (sebagai Anggota Parlimen) di Pekan, tidak pernah terlintas langsung di hati saya yang beliau akan ikut jejak ayahandanya menjadi PM.

"Saya percaya Najib akan dapat melakukan kerjanya dengan baik sebagaimana ayahandanya,"

Rahah berkata, antara sifat istimewa yang ada pada anaknya itu ialah beliau amat menghormati orang tua.

Najib, 55, mempunyai beberapa rekod dalam sejarah politik tanah air, termasuk menjadi Ahli Parlimen paling muda pada usia 22 tahun, Menteri Besar paling muda pada usia 29 tahun, anggota Majlis Tertinggi UMNO paling muda pada usia 28 tahun, timbalan menteri paling muda pada usia 25 tahun dan menteri paling muda pada usia 33 tahun.


"Tidak ada siapa yang beri galakan kepada Najib, dia sendirilah yang saya rasa. Arwah dulu ada bawa dia pergi kampung-kampung dan dia sendiri melihat usaha bapanya untuk memajukan bangsa, agama dan negara dan secara langsung melibatkan dirinya dalam politik," kata Rahah.
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak anaknya itu, beliau berkata, Najib amat gemar menunggang basikal dan bermain bola sepak.


"Najib tidak cerewet pasal makan tetapi dia gemar ikan patin masak lemak, roti canai dan sambal tumis telur," katanya.

Walau sibuk mana sekalipun, Najib akan sentiasa menghubungi Rahah, dan jika ada kelapangan, akan menyertai ibu dan adik-adiknya untuk makan bersama.

Sambil melahirkan rasa syukur dengan pelantikan Najib itu, Rahah berharap anaknya akan bekerja keras seperti ayahandanya demi bangsa dan negara.

"Saya sentiasa berdoa agar dia menjadi pemimpin yang baik, dihormati dan disegani.


"Saya juga berharap rakyat di setiap peringkat dapat membantu Najib membentuk negara yang lebih maju dalam persekitaran yang aman dan damai," kata Rahah

Abdullah serah tugas







ABDULLAH Ahmad Badawi menyerahkan fail meja sebagai simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri kepada Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.





PUTRAJAYA 3 April – Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.


Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di aras lima Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini kira-kira pukul 5 petang.


Dalam upacara tersebut, Abdullah menyerahkan Fail Meja Perdana Menteri berwarna biru sebagai simbolik penyerahan tugas serta tanggungjawab secara rasmi kepada Najib, disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.


Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah kemudiannya turun ke ruang lobi untuk bersalaman dengan jemaah menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sambil diiringi Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.


Sebelum itu, Imam Besar Masjid Putra, Abd. Manaf Mat membacakan doa.



Abdullah dan Jeanne seterusnya bersalaman dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berbaris panjang sebelum menaiki kenderaan rasmi meninggalkan pejabat.

Gagasan Najib


TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan Najib Tun Razak selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara

Gagasan Najib

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.


Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

IJM Land sasar jualan RM250 juta

PETALING JAYA 1 April - IJM Land Bhd. (IJM Land) dijangka meraih jualan hartanah antara RM200 juta dan RM250 juta menerusi pengenalan pelan pemilikan rumah, My Space Plan mulai hari ini hingga 30 Jun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Soam Heng Choon berkata, pelan itu membantu bakal pembeli memilih serta memiliki hartanah yang bersesuaian dengan peruntukan belanjawan mereka selain menikmati beberapa insentif.

Katanya, pelan itu merangkumi projek baru dan sedia ada pelbagai peringkat pembangunan di Pulau Pinang, Lembah Klang, Seremban, Johor, Sandakan di Sabah dan Kuching, Sarawak

''Keadaan ekonomi semasa tidak sepatutnya menghalang rakyat Malaysia daripada membeli hartanah dan memiliki kediaman idaman mereka.

''Kalau kami mempunyai produk yang betul di lokasi yang betul, orang ramai masih membeli walaupun kelembapan ekonomi," katanya pada taklimat media mengenai pelan My Space Plan, di sini hari ini.

Heng Choon berkata, sepanjang tempoh itu, IJM Land akan menawarkan pelbagai insentif termasuk bayaran pendahuluan bermula dari RM500 dan rebat tunai sehingga 10 peratus.
'
'Pelanggan juga dapat menikmati insentif seperti kadar faedah rendah bagi skim bayaran 5:95, jaminan balik tunai, faedah pinjaman sifar peratus semasa pembinaan, skim bayaran mudah dan lain-lain.

Beliau memberitahu, pihaknya masih memiliki saiz bank tanah seluas 3,600 hektar di beberapa lokasi strategik termasuk pembangunan projek Canal City di Kuala Langat, Selangor bagi tempoh 20 tahun dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM17 bilion.

Serentak dengan itu, kata beliau, IJM Land bercadang untuk melancarkan beberapa projek hartanah bernilai antara RM700 juta hingga RM750 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

''Antara projek yang bakal dilancarkan ialah sebanyak tiga di Pulau Pinang, tiga (Lembah Klang), satu (Johor) dan tiga (Sabah). Bagaimanapun, pelancaran hanya akan dilakukan bergantung kepada keadaan pasaran semasa, jelasnya.

PELAKON TERKENAL LYDIAWATIE TIDAK TERTEKAN KENA CERAI




Saya tidak tertekan, saya pernah laluinya sebelum ini.” Itu kata pelakon terkenal, Lydiawati di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat semalam selepas mendakwa dia telah diceraikan oleh suaminya, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk di rumahnya, awal Februari lalu.

Pelakon itu memohon supaya permohonan bercerai secara baik yang difailkan suaminya pada 19 Mac lalu ditangguhkan sehingga mahkamah memutuskan sama ada lafaz cerai luar mahkamah bersabit atau tidak.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 43, di mahkamah semalam ketika sebutan kali pertama kes permohonan bercerai secara baik yang sebelum ini difailkan suaminya, Datuk Azhar Mohd. Zar, 35.

Terdahulu, Zulkifli memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk bercerai setelah mendakwa tidak tahan dengan layanan dan nafkah yang tidak mencukupi.

“Secara prinsipnya, defendan bersetuju untuk bercerai namun memohon supaya ditangguhkan berikutan dakwaan defendan bahawa plaintif ada melafazkan cerai luar mahkamah dan memohon diputuskan sama ada secara kinayah (kurang jelas) atau surih (jelas).

Lafaz cerai yang didakwa Lydiawati adalah berbunyi seperti: ‘Kau bebas, aku bebas, kau boleh buat apa saja.’

MESYUARAT TERAKHIR


ABDULLAH Ahmad Badawi menandatangani pengesahan dokumen minit mesyuarat Kabinet sambil disaksikan Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat yang terakhir dihadirinya di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok.

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini.

Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.

Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul."

Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membawa senarai anggota Kabinet yang baru ketika menghadap Agong esok, Najib berkata: "Tidak...tidak...bukan esok."

Dalam pada itu Najib turut enggan mengulas mengenai laporan dan ramalan beberapa penganalisis politik yang mengatakan bahawa barisan Kabinet baru akan dikecilkan.

"Boleh kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenainya sekarang...saya tidak buat apa-apa keputusan lagi mengenainya," katanya.

Najib turut ditanya sama ada beliau akan membariskan barisan anggota Kabinet di kalangan pemimpin Umno yang sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin berhubung politik wang, beliau berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.

"Ini peringkat siasatan, kita tak tahu lagi apa hasil siasatan dan ia bergantung kepada dapatan Lembaga Disiplin."

Saya tak dapat andaikan apa-apa, tentu ada banyak khabar angin...tapi kita tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan khabar angin.

"Saya serah kepada Lembaga Disiplin, mereka akan buat tindakan yang difikirkan wajar," katanya.

SPR: SISTEM PENAMAAN CALON PERLU DIPINDA ELAK SUASANA TEGANG

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sistem penamaan calon yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula bagi mengelakkan suasana tegang ketika penamaan calon..

Mengambil kira perkembangan semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya pelbagai pihak melihat tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut.

"Kita perlu melihat semula sama ada sistem penamaan calon sedia ada sesuai ataupun tidak dengan keadaan semasa.

"Adakah kita perlu adakan perarakan besar, kehadiran penyokong yang ramai semasa proses penamaan calon sehingga cetuskan suasana tegang dan tidak senang,".

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa pandangan dan usaha ke arah mengkaji semula sistem penamaan calon memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak.

"Semua pihak perlu berbincang dan menyatakan sokongan," katanya.

Wan Ahmad berkata, suasana ketika hari penamaan calon semalam menggambarkan persekitaran bahawa "negara tidak" dengan pasukan keselamatan terpaksa meningkatkan tahap keselamatan.

Bagaimanapun proses penamaan calon semalam tidak mencetuskan kejadian tidak diingini di ketiga-tiga lokasi penamaan calon bagi kerusi Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Lebih 30,000 penyokong parti-parti bertanding berhimpun ketika penamaan calon.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu mencetuskan ketegangan dengan dua wartawan cedera diserang penyokong parti politik.


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones