LONDON 26 April - Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal kini mendahului senarai jutawan yang mengalami kerugian akibat masalah ekonomi dunia dengan kekayaan yang menyusut sebanyak 61 peratus.
Ketika bilangan jutawan di United Kingdom (UK) berkurangan lebih 40 peratus dari 75 kepada 43 orang dalam masa setahun, Mittal kerugian 17 bilion pound (RM89.9 bilion), demikian menurut laporan akhbar Sunday Times dalam satu tinjauan pendapat tahunannya semalam.
Sunday Times Rich List 2009 menunjukkan, 1,000 rakyat terkaya UK kehilangan aset berjumlah 155 bilion pound (RM819.4 bilion) tahun lalu dan yang paling banyak terjejas adalah ahli perniagaan seperti Mittal.
Bagaimanapun, Mittal kekal sebagai lelaki terkaya UK dengan anggaran aset 10.8 bilion pound (RM57 bilion).
Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich yang turut mempunyai pelaburan dalam industri keluli dan bidang lain, kekal di tangga kedua dengan kekayaan 7 bilion pound (RM37 bilion).
Jutawan kelahiran Britain, Duke of Westminster juga kekal di tempat ketiga dengan pemilikan hartanah bernilai 6.5 bilion pound (RM34.4 bilion).
Kemelesetan ekonomi bagaimana tidak semestinya menyebabkan kerugian.
Pemilik Harrods, Mohamed al-Fayed telah berjaya meningkatkan nilai asetnya sebanyak 17 peratus kepada 650 juta pound (RM3.4 bilion).
Presiden pasar raya Morrison, Ken Morrison pula bertambah kaya sebanyak 11 peratus dengan 1.6 bilion pound (RM8.5 bilion).
Perjudian dalam talian juga mencatatkan keuntungan dengan pemilik laman web perjudian sukan Bet365, Peter dan Denise Coates mencatat pertumbuhan aset sebanyak 33 peratus kepada 400 juta pound (RM2.1 bilion).
Secara keseluruhannya, kesemua 1,000 orang yang tersenarai mengalami purata kehilangan aset sebanyak 37 peratus. Jumlah aset yang dimiliki mereka tinggal 258 bilion pound (RM1.4 bilion) berbanding 413 bilion (RM2.2 bilion) pada tahun lalu.
Senarai tahunan itu dibuat berdasarkan kekayaan yang dimiliki termasuk tanah, harta dan barangan lain seperti hasil seni, kuda lumba dan pegangan dalam beberapa syarikat, namun ia tidak melibatkan akaun bank.
ellys Story
Mittal dahului senarai jutawan rugi
Dunia makin cemas
PERKETAT PEMERIKSAAN... PETUGAS lapangan terbang di Mexico City melakukan pemeriksaan ketat terhadap para penumpang bagi mencegah menularnya wabak virus selesema babi. Sehingga semalam, wabak itu telah mengorbankan 81 nyawa.
Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak
di seluruh dunia.
Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.
Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.
Dicatat oleh Elly Collection di 10:06 AM 0 ulasan
Label: luar negara
Lumut diisytihar Bandar Tentera Laut

Upacara pengisytiharan penuh gilang-gemilang itu diadakan di Lumut Waterfront dan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Turut berangkat dan mencemar duli ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chong Ko Ha; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan pegawai-pegawai kanan serta anggota TLDM.
Dalam ucapannya, Abdul Aziz berkata, pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut merupakan sebahagian pengiktirafan terhadap komitmen dan peranan yang dimainkan TLDM kepada negara
Dicatat oleh Elly Collection di 8:35 PM 0 ulasan
Label: Dalam Negeri
Karpal Singh terjatuh di mahkamah
KARPAL SINGH dibantu oleh beberapa pembantunya setelah terjatuh daripada kerusi rodanya di Mahkamah Tinggi Kuantan
KUANTAN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terjatuh daripada kerusi rodanya semasa menghadiri sebutan kes permohonan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan keputusan bayaran saman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Beliau mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd., (Seruan Gemilang) hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan dan diangkat oleh beberapa pembantunya bersama kerusi roda untuk naik ke tingkat satu mahkamah tersebut.
Karpal dipercayai terjatuh ketika para pembantunya mahu meletakkan kerusi rodanya kembali di atas lantai di kaki lima mahkamah sebaik sahaja diangkat ke tingkat satu bangunan itu.
Beliau ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan memohon untuk meneruskan kes tersebut di tingkat bawah mahkamah tersebut bagi memudahkannya bergerak semasa menghadiri perbicaraan
.
Berhubung perjalanan kes tersebut, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 April ini sebagai tarikh mendengar permohonan penangguhan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd. Halim Aman.
Abd. Halim pada Selasa lalu memutuskan Menteri Besar Pahang perlu menjelaskan bayaran penghakiman itu dalam tempoh 14 hari yang berakhir 4 Mei ini selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' terhadap syarikat pembalakan tersebut
Dino Rais cerai isteri talak satu
"Saya dan plaintif tidak lagi tinggal bersama lebih lima bulan. Perceraian ini berlaku selepas plaintif memohon untuk dilepaskan dan tidak mahu lagi bersama saya," katanya.
Beliau yang tidak diwakili peguam berkata, lafaz cerai pertama disaksikan sendiri oleh bapa saudara dan ibu saudara defendan serta adik plaintif yang ketika itu turut berada di rumah berkenaan.
Dicatat oleh Elly Collection di 8:04 PM 0 ulasan
Label: Dalam Negeri
Abdul Rahman gets extension as governor

Abdul Rahman, 71, received the appointment letter from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at Istana Negara here yesterday.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin and Penang Chief Minister Lim Guan Eng attended the ceremony.
Born in Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Penang, Abdul Rahman was first appointed as the seventh Penang Yang di-Pertua Negri on April 17, 2001, and served another term from May 1, 2005.
Abdul Rahman, who is also Universiti Tenaga Nasional chancellor, was acting Penang Chief Minister from 1982 to 1984.
He left the teaching profession after 20 years to contest in the Bertam state by-election in 1977.
Abdul Rahman defended the seat in the 1978 general election and held it for four terms.
He is married to Toh Puan Majimor Shariff and they have four children
Dicatat oleh Elly Collection di 4:56 AM 0 ulasan
Label: Dalam Negeri